Assalamualaikum dan morning 🌞
Sedarkah anda, bahawa mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Itulah dikatakan menjemput rezeki lebih mudah berbanding dari mencari rezeki.
Sesetengah orang ada mempercayai bahawa rezeki itu memang daripada Allah. Itu sudah betul, tetapi jika dilihat pada usahanya, dia meletakkan Allah di kedudukan nombor dua, manakala usahanya yang pertama. Sebagai contoh, seseorang sedang membuat kerjanya, sedang asyik dia membuat kerja waktu solat pun tiba. Dia tetap teruskan berusaha untuk siapkan kerja-kerjanya terlebih dahulu, dan solat di penghujung waktu.
Di sinilah kita boleh nampak perintah Allah jatuh nombor dua. Situasi ini adalah tidak betul jika kita mahu dipermudahkan urusan rezeki kita.
.
Untuk faham cara-cara mudah dalam menjemput rezeki, ia bergantung kepada beberapa cara iaitu :-.
.
.
1) Menjaga Perhubungan Dengan Allah
2) Perbanyakkan Syukur
3) Bersedekah
4) Membersihkan Hati/Kolam Jiwa
5) Memperbanyakkan Selawat
6) Silaturrahim dan Senyum
7) Bertawakkal.
.
.
Apa yang pasti, jika kita ingin menjemput rezeki dengan mudah, kita perlu kembali kepada Allah SWT terlebih dahulu. Jaga hubungan dengan Dia, maka Dia akan jaga kita dalam semua urusan kita nanti. In shaa allah.

#zombiestokisjb
#sarangburungmurah
#agentwanted

No comments:

Post a Comment

Pernah ke korang hadapi masalah kulit yang seperti gambar di bawah? atau ada ahli keluarga kita yang hadapi masalah macam ni? ...